Sunday, 30 October 2016

BBK3410: Sabahan 101

"Boleh bah kalau kau"
"Aramaiti"

Ini adalah antara perkataan-perkataan dan ayat-ayat yang sering disinonimkan dengan penduduk asal Sabah.  Ayat pertama iaitu "boleh bah kalau kau" sering digunakan untuk mempersetujui permintaan atau pendapat seseorang.  Biasanya, ayat ini digunakan oleh seseorang kepada rakan atau individu yang telah dikenalinya dan berbunyi girang atau gembira.  Ia juga lebih sering digunakan dalam konteks atau perbualan yang tidak rasmi. Sebagai contoh:

A: Boleh kau tolong aku hantarkan surat ni?
B: Boleh bah kalau kau.

A: Kau rasa aku boleh menang ka?
B: Boleh bah kalau kau.



Perkataan "aramaiti" pula lebih sering didengar semasa musim-musim perayaan.  Biasanya, ia digunakan semasa sedang 'bersuka-ria' dengan kehadiran arak atau tuai(minuman tradisional yang boleh memabukkan) dan ini menyebabkan ramai orang salah faham bahawa ia bermaksud "jom minum arak".  Namun begitu, aramaiti sekiranya diterjemahkan secara harfiah bermaksud "ramainya" atau "seronoknya".  Oleh itu, sebagai contoh sekiranya seseorang sedang berada di kompleks membeli belah dan tiba-tiba menyebut "aramaiti", ia tidak bermaksud inidividu tersebut berada di bawah pengaruk arak ataupun mengajak meminum arak. Dia berkemungkinan sedang mengatakan bahawa terdapat ramai orang di tempat tersebut ataupun tempat tersebut sangat menyeronokkan.


Sabah mempunyai banyak etnik dan kaum yang mempunyai keistimewaan masing-masing.  Selain daripada bahasa pertuturan, terdapat banyak lagi ciri istimewa penduduk asal Sabah dan semuanya menunjukkan bahawa negeri di bawah bayu ini merupakan satu negeri yang mempunyai tarikannya yang tersendiri.



No comments:

Post a Comment