Tema novel yang ingin saya sentuh ialah tema cinta atau kasih sayang. Tema ini membawa peranan yang besar kerana ia mengajar pembaca tentang perasaan tersebut. Selain itu, ia juga menyentuh pembaca kerana seperti yang kita tahu, setiap manusia mempunyai hati. Cinta boleh diutarakan kepada keluarga atau sahabat handai namun mengapakah novel-novel lebih gemar menggunakan 'kekasih' sebagai watak utama?
Bukan itu sahaja, banyak cerita yang menerapkan nilai cinta kasih juga membawa cerita yang tidak bernilai kesusasteraan Melayu yang tinggi. Sebagai salah seorang pelajar kelas Penglahiran Bakat Kreatif, saya diajar untuk membuka minda dan melihat sastera daripada aspek yang berbeza. Namun begitu, apa yang saya lihat pada masa kini ialah cerita-cerita yang mengagungkan tema ini seringkali menterjemahkannnya dalam konsep yang tidak begitu tinggi nilai sasteranya. Lebih sedih lagi, perkara yang dititik-beratkan hanyalah nilai komersialnya.
Kesimpulannya, tema cinta dan kasih merupakan salah satu daripada tema yang besar dan popular dalam dunia sastera tetapi saya agak kecewa kerana cerita-cerita cinta yang dibukukan akhir-akhir ini hanyalah sebagai hiburan semata-mata. Sastera sepatutnya memiliki kebolehan untuk menyentuh hati pembacanya namun sayangnya, perkara ini sukar dilihat pada masa kini.
No comments:
Post a Comment