Thursday, 13 October 2016

BBK3410: Datuk A. Samad Said, Tokohku

"Apa yang penting ialah kemampuan karya itu sebagai perakam sesebuah zaman,"
Begitulah kata-kata Pak Samad semasa kami menemuramah beliau pada beberapa minggu yang lepas.  Umurnya sudah mencecah 80 tahun dan wajahnya sudah memperlihatkan garis-garis tua namun segala percakapan yang keluar dari mulutnya masih lagi penuh dengan ilmu dan wibawa.



Pada awal sesi wawancara, beliau telah menceritakan jalan kehidupannya sewaktu beliau masih kecil.  Sesunguhnya beliau bukanlah orang senang dan hidup beliau juga mempunyai liku-likunya sendiri.  Betapa beruntungnya saya rasa apabila beliau mencurahkan sedikit demi sedikit nasihat yang sangat berguna kepada kami.  Pak Samad juga amat peramah orangnya dan sedikit pun beliau tidak lokek dalam mengongsikan ilmu yang beliau ada.  Antara perkara yang beliau kongsikan ialah tips-tips menulis sajak iaitu dengan meninggalkan ciri tersendiri dalam setiap karya kreatif sendiri serta perlunya azam dan tekad sekiranya kita ingin menghasilakan sesebuah karya yang mampu diingati oleh orang lain.


Datuk A. Samad Said juga seorang yang sangat merendah diri dan permintaan kami untuk mengambil gambar bersamanya tidak ditolak olehnya.  Selain daripada mendapat pengalaman berjumpa tokoh Sasterawan Negara, saya juga telah memasuki Masjid Negara buat pertama kalinya dan saya telah memakai selendang bagi menghomati peraturan dan adab berada di tempat tersebut.  Saya juga telah melihat ramai pelancong yang juga memakai jubah dan tudung yang disediakan untuk mereka.  Sesungguhnya,temuramah tersebut memberikan saya banyak ilmu dan pengalaman yang sangat menarik.


Namun begitu, sudah tentu saya tidak akan dapat melakukan semuanya tanpa rakan sekumpulan saya.  Mereka sangat membantu dalam menjayakan sesi temuramah tersebut yang merupakan kerja kursus pertama kami bagi kelas Penglahiran Bakat Kreatif.  Bukan itu sahaja, saya juga amat berterima kasih kepada rakan saya, Farina, yang telah mengaturkan sesi temuramah tersebut dan juga pensyarah saya iaitu Prof. Madya Dr. Kamariah yang telah memberikan saya dan rakan-rakan saya peluang untuk bertemu dengan tokoh terkemuka di negara Malaysia. Tanpa mereka, pertemuan saya dengan Datuk A. Samad Said tidak akan terjadi.

3 comments:

  1. Macam mana awak boleh menghubungi a. Samad said? Saya kena buat tugasan sejarah stpm jadi sya perlu menemu ramah beliau.. Saya harap awak dapat memberi kerjasama 😊 saya perlu menghubungi beliau secepat mungkin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf kerana lambat respond. Saya mendapat bantuan daripada kawan saya yang mempunyai beberapa kenalan yang bergiat aktif dalam bidang penulisan justeru mengenali beliau. :)

      Delete
  2. Macam mana awak boleh menghubungi a. Samad said? Saya kena buat tugasan sejarah stpm jadi sya perlu menemu ramah beliau.. Saya harap awak dapat memberi kerjasama 😊 saya perlu menghubungi beliau secepat mungkin

    ReplyDelete